Hati Yang Engkau Sentuh
“Isya tak setuju! ” Pantas
Arrisya Sofea menyangkal saranan ibu bapanya. Dia membawa diri ke bilik bersama
tangisan. Arrisya benar-benar rasa terkilan. Diam-diam orang tuanya merancang,
tanpa merisik pendapat dia terlebih dahulu. Tergamak ibu bapanya membuat
keputusan begitu yang jelas meluluhkan perasaan Arrisya.
Di ruang tamu masih
bersidang perbincangan antara Encik Rashdan dan Puan Maya. Rancangan untuk
menjodohkan Arrisya dengan anak kawan baik mereka, Ikhwan Hakimi tidak boleh
ditangguhkan lagi. Hakimi pasti dapat menjaga puteri mereka. Ya, siapa tidak
kenal dengan Hakimi. Jejaka berpakej lengkap, igauan para gadis.
“Kalau Isya tak setuju,
saya tak nak paksa. Isya anak kita. Lagipun ini soal hidup. Kita tak boleh
perjudikan”, ujar Puan Maya.
“Habis sampai bila kita
biarkan dia. Isya dah besar panjang. Dia dah habis belajar pun. Perkahwinan ini
untuk kebaikan dia jugak, kebaikan kita semua. Dapat mengeratkan ukhwah”, keluh
Encik Rashdan.
Tapi Encik Rashdan nekad
untuk menjodohkan Arrisya dengan Hakimi. Keputusan sudah muktamad. Bagi Encik
Rashdan, dia berkuasa membuat keputusan sebagai ketua keluarga. Puan maya
mengeluh panjang.
“Entahlah… serba salah
saya dibuatnya. Sepatutnya kita tak perlu beri persetujuan awal-awal. Isya bukan
anak yang menyusahkan. Tapi kita selalu mengatur hidupnya”, keluh Puan Maya.
Bibit-bibit penyesalan mula menyapa hatinya.
Hidup Arrisya, gadis
berusia 23 tahun sudah diprogramkan sejak kecil. Kehidupan yang diaturkan tidak
menyeronokkan. Dengan siapa dia berkawan turut dikawal rapi. Semua keputusan
ditentukan oleh ibu bapanya. Sehinggakan kursus yang dipohon di universiti juga
atas kehendak Encik Rashdan. Kehidupan yang menjengkelkan.
“Sampai bila papa dengan
mama nak mengatur hidup aku. Apa aku tidak berhak menentukan hidup aku sendiri.
Aku bukan budak kecil lagi. Semua diaturkan”. Hati kecil Arrisya memberontak.
Tapi dengan siapa dia hendak mengadu. Semua orang tidak faham. Arrisya bagaikan
anak angkat dalam keluarga itu. Papa dan mama tidak pernah dengar pendapatnya. Kalau
adik beradiknya, lain pula cerita.
Puan Maya terus ke bilik
Arrisya setelah Ecik Rashdan beransur ke masjid. Dia ketuk pintu bilik Arrisya.
Hajatnya untuk memujuk dan menerangkan perkara sebenar.
“Isya, bukan maksud papa
dan mama nak mengoreskan perasaan Isya. Ini untuk kebaikan Isya dan keluarga
kita”, pujuk Puan Maya. Puan Maya harus menerangkan perkara sebenar agar
Arrisya tidak fikir yang bukan-bukan.
“Untuk kebaikan Isya? Mama
cakap apa ni? Kebaikan Isya atau kebaikan papa dengan mama?” ujar Arrisya.
“Isya, dengarlah dulu
cakap mama…”
“Tak perlu, mama…
Penjelasan tak akan menjejaskan apa-apa. Isya tetap kena khawin dengan Hakimi.
Kenapa papa dan mama tak pernah faham Isya? Soal jodoh pun mama dan papa yang
tentukan”. Arrisya tekapkan telinga dengan bantal. Dia tidak mahu dengar
apa-apa lagi. Bagi Arrisya, semuanya sudah tidak penting.
Puan Maya mengeluh
panjang. Walupun Arrisya membantah, mereka tetap akan meneruskan rancangan ini.
Mereka sudah berjanji. Tidak mungkin akan dimungkiri. Nanti apa kata kawan baik
mereka, Encik Iqbal dan Puan Natasha.
Perkahwinan antara Arrisya
dengan Hakimi tetap diteruskan. Perkahwinan tanpa cinta. Majlis berlangsung
dengan meriah diserikan dengan gelak ketawa sanak saudara. Semua jemputan
memuji mereka. Tetapi ada hati yang terluka. Senyuman tetap menghiasi wajah
Arrisya, jelas mengaburi semua.
Arrisya bergegas ke bilik
setelah majlis berakhir. Fizikalnya keletihan, seharian melayan tetamu. Dia
merebahkan diri ke katil yang empuk. Bilik tidur yang berhias indah dipandang
sepi. Semuanya tidak bermakna bagi Arrisya.
“Tok, tok, tok”. Bunyi
ketukan pintu mengganggu lena Arrisya. “Siapa pulak yang ketuk pintu aku. Aku
penat, nak berehat”, getus hati Arrisya. Dua tiga kali Hakimi mengetuk pintu,
barulah Arrisya membukanya.
“Awak nak apa?” Tanya
Arrisya dalam mamai.
“Kita kena berbincang”,
balas Hakimi bersahaja. Hakimi juga mangsa keadaan seperti Arrisya. Terpaksa
menikahi jodoh pilihan hati keluarga. Sedangkan hatinya sudah dihuni oleh
Husna, gadis jelitawan. Hakimi nekad, mereka harus berbincang tentang haluan
kehidupan mereka. Bagi Hakimi, Arrisya hanya penghalang kisah cintanya.
“Nak bincang apa lagi?
Nasi dah jadi bubur. Kalau awak bantah saranan ibu bapa awak, kita tak akan
khawin”, marah Arrisya. Hatinya yang terluka tiada siapa yang peduli.
“Eh perempuan! Kau ingat
aku nak sangat khawin dengan kau. Kau jangan perasan. Kalau bukan sebab ayah
dan ibu paksa, aku pun tak inggin. Kau bukan cantik mana pun. Awek aku lagi
cantik”, Hakimi pantas menyangkal kata-kata Arrisya.
Inikah yang dinamakan
kebaikannya. Perkahwinan yang menjadi igauan ngeri. Ternyata suami yang baru
dinikahi juga tidak menyukainya. Takdir yang mengoyah hidup Arrisya. Perit
hendak menerima kenyataan. Mutiara halus mula terbit ditubir mata Arrisya.
Arrisya tidak mahu kelihatan lemah.
“Habis kita nak buat macam
mana? Bercerai?” Bercerai dan aku jadi janda, dipandang serong oleh masyarakat.
Oh, tidak! Sesungguhnya, hamba ini tidak kuat ya Allah. Hati Arrisya sebak yang
tak terungkap.
“Aku pasti akan melepaskan
kau jugak. Tapi buat masa sekarang kita kena berpura-pura bahagia di hadapan
keluarga. Kita kena berlakon bagi mereka tidak mengesyaki apa-apa. Bila waktu
dah reda, aku akan ceraikan kau” balas Hakimi. Terserlah keangkuhan. Baru
sehari berkahwin, sudah bincang pasal perceraian.
“Kalau ini yang terbaik,
aku ikut. Demi keluarga. Lepas ini, kita teruskan kehidupan masing-masing. Aku
tak akan mencampuri urusan kau dan sebaliknya. Aku bebas untuk buat apa sahaja
tanpa perlukan keizinan kau” balas Arrisya dalam sebak.
Mereka berpindah ke
apartment milik Hakimi setelah seminggu menikah. Apartment yang besar dan
selesa. Bukan ini yang Arrisya cari. Kebahagian yang Arrisya impikan. Mereka
sibuk dengan urusan maisng-masing. Perkahwinan mereka hanya atas kertas.
Arrisya tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Makan minum dan
pakaian Hakimi dijaga sehabis baik.
Arrisya bekerja sementara
sebagai kerani di sebuah syarikat hartanah. Dia menunggu tawaran untuk
melanjutkan pengajian peringkat sarjana di luar negara. Dua bulan sudah usia
perkahwinan mereka. Hubungan Arrisya dan Hakimi tidak menampakkan sebarang
perubahan. Hakimi kembali sibuk menjalin cinta dengan kekasihnya.
Arrisya sendiri sudah dua
tiga kali terserempak dengan pasangan ini. Namun dia hanya memendam rasa.
Arrisya tidak mahu menjadi penghalang. Hakimi juga tidak menyintainya.
Hujung minggu yang
membosankan. Hakimi juga tidak kelihatan. Hanya Arrisya yang menghuni apartment
itu. Setelah selesai mengemas, Arrisya bercadang untuk memasak masakan
istemewa. Tetapi peti sejuk kosong, dia
tidak sempat membeli barang dapur.
Arrisya mengambil
keputusan untuk ke pasaraya Mydin. Nasib baik pengunjung tidak terlalu ramai.
Mungkin masih terlalu awal, pasaraya baru memulakan operasi. Troli ditolak,
Arrisya berhati-hati memilih barang dapur. Buah-buahan, sayur-sayuran, cordial
minuman, biskut dan bahan mentah diborong. Senyuman meniti dibibir Arrisyya.
Terbayang hidangan yang enak dimata.
Arrisya menolak troli kea
rah rak yang menempatkan coklat. Dia memang pengemar coklat. Secara tidak
sengaja, dia terlangggar seseorang. Pap! Coklat Hershey terjatuh daripada
pegangan lelaki itu.
“Maaf encik, saya tidak
sengaja”, ucap Arrisya sambil menunduk untuk mengambil coklat itu. Lelaki itu
hanya mengangguk. Raut wajah Arrisya mencari tumpuannya. “awak Isya? Arrisya
kaget. Macam mana lelaki itu boleh tahu namanya. Dia berlagak selamba,
melindungi rasa gundah dihati.
Arrisya merenung wajah
jejaka di hadapannya. Lambat-lambat dia bersuara “encik siapa? Macam mana encik
tahu nama saya?” tanya Arrisya bertubi-tubi.
“Saya Syukri. Kita sekelas
masa tingkatan tiga. Awak dah lupa?” ujar lelaki berkumis nipis itu. Kenangan
bersekolah di Sekolah Menengan Kebangsaan Ittifakiah menerjah fikiran mereka.
Lapan tahun dah berlalu, kesibukan membuatkan ingatan masa lalu Arrisya
menipis.
“Oh, awak rupanya! Maaflah
saya tidak cam korang semua. Dulu dalam seragam sekolah, sekarang semua segak
bergaya”, balas Arrisya jujur. Dah lama Arrisya tidak berhubung dengan
kawan-kawan.
“Isya, jom kita minum
sambil sembang-sembang”, pelawa Syukri. Syukri mengharapkan Arrisya menerima
pelawaannya. Arrisya teragak-agak menerima ajakan Syukri. Dia isteri orang,
tidak manis dipandang. Isteri hanya di kertas. Hakimi pasti tidak kisah kalau
dia berjumpa dengan siapa pun.
Akhirnya, Arrisya
bersetuju. Pelbagai topik jadi bualan. Ketika mereka leka berborak, ada mata
yang memerhati. Hakimi berasa cemburu saat terpandang pasangan yang leka
bersembang. “Isya, dah pandai kau sekarang”, bentak Hakimi dalam hati. Hakimi
berkira-kira untuk membuat perhintungan malam nanti.
Arrisya tiba di rumah
setelah azan magrib berkumandang. Ketika dia sibuk menyusun barang yang dibeli,
Hakimi menyapa “lambat balik, kau pergi mana?”.
“Eh mamat ni, suka hati
aku nak kemana. Itu aku punya pasal”, bentak Hati Arrisya. “Saya keluar beli
barang dapur. Peti sejuk kosong, tidak ada barang nak masak” jawab Arrisya
lembut.
“Pergi beli barang dapur
atau menggatal dengan jantan mana? Kau inggat aku tak nampak tadi. Bukan main
mesra lagi”. Suara Hakimi kedengaran keras. Hakimi tidak mengerti apa yang
merasuk dirinya. Buat apa dia marah. Dia sendiri curang dengan Husna, sering
keluar bersama. Adakala terserempak dengan Arrisya. Arrisya tidak pernah
mempersoalkan.
“Itu urusan saya. Kita dah
setuju untuk tidak mencampuri urusan masing-masing. Saya sendiri tidak
persoalkan awak keluar dengan Husna. Jadi adilkan. Awak keluar dengan Husna, saya keluar dengan dia”. Arrisya berang dengan kata-kata Hakimi.
“Kau isteri orang. Jaga
batas pergaulan, jangan sesuka hati keluar dengan jantan lain. Kalau
kawan-kawan aku tengok macam mana”. Alasan bodoh diutarakan Hakimi. Yang jelas
dia marah melihat Arrisya dengan lelaki itu. Api cemburu membara.
“Isteri, kita suami isteri
atas kertas sahaja. Gelaran isteri yang menjerut rasa. Baik awak lepaskan saya.
Awak boleh khawin dengan Husna. Saya pun bebas buat keputusan”, ujar Husna
diiringgi tangisan. Arrisya tidak mahu hidup berpura-pura.
“Kau dah tidak sabar nak
bersama jantan tadi? Okey, Arrisya Sofea binti Rashdan aku ceraikan kau dengan
talak satu. Puas hati kau sekarang. Kau pergi kemaskan barang-barang kau,
berambus dari rumah aku”. Hakimi telah melafazkan talak. Kemarahan menguasai
dirinya. Dia tidak dapat berfikiran dengan waras. Arrisya terduduk didapur.
Inikah pengakhiran rumah tangga mereka? Arrisya buntu.
Hakimi memecut kereta
menyusuri jalan raya. Hatinya kosong. Dia menyesal bertindak melulu. Hakimi
tidak pasti sejak bila Arrisya mencuri tempat dihatinya. Arrisya berendam air
mata. Digagahkan diri untuk mengemas barang-barangnya. Ya, dia harus pergi.
Tuan rumah sudah mengusirnya.
Arrisya menulis cek
sepuluh ribu ringgit. Dia tidak mahu duit lelaki itu. Cincin khawin dan set
barangan kemas iaitu barangan hantaran diletakkan di atas meja solek. Barang-barang
itu harus dikembalikan kepada Hakimi. Arrisya ada prinsip tersendiri. Dia tidak
akan menggunakan harta orang lain untuk hidupnya. Dia pergi membawa diri malam
itu juga.
Hakimi kembali ke
apartment selepas solat subuh. Keadaan apartment yang gelap dan sunyi
membuatnya resah. Adakah Arrisya sudah keluar dari apartmentnya? Dia bergegas
ke bilik yang dihuni Arrisya sejak dua bulan yang lalu. Kosong dan sepi. Semua
barang-barang milik Arrisya sudah tiada. Jelas Arrisya sudah pergi.
Hakimi menghampiri meja solek.
Sekeping cek dan kotak barangan kemas , terselit kertas di bawah kotak itu.
Hakimi lantas membaca.
“Hakimi, bila awak baca
surat ini bermakna saya sudah pergi dari hidup awak. Saya harap awak halalkan
segala makan minum saya sepanjang berada di rumah awak. Cincin, set barang kemas
dan duit hantaran saya kembalikan. Semua itu bukan milik saya. Terima kasih
untuk semuanya. Maaf jika ada salah dan silap. Semoga berbahagia dengan pilihan
hati awak. Perkahwinan antara kita satu kesilapan”
Isya
Air mata lelaki Hakimi
akhirnya gugur. Dia memyesal dengan tindakannya. Hakimi cuba menhubungi Arrisya
tapi buntu. Arrisya telah berhenti kerja. Dia mendapat tawaran memyambung
pengajian peringkat sarjana. Arrisya berlepas ke Melboure dua hari selepas
peristiwa itu.
Arrisya harus bangkit. Dia
tidak akan mengalah kerana hanya dikecewakan seorang lelaki. Arrisya
menyibukkan diri dengan pelajaran untuk melupakan peristiwa perit itu.
Pemergian Arrisya ke Melboure tidak ada yang tahu. Hakimi cuba menjejaki
Arrisya. Arrisya pergi tanpa pesan.
Dua tahun berlalu, Arrisya
kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajian. Kini, dia bertugas sebagai
penyarah dalam bidang sinaran perubatan di Universiti Sains Malaysia. Arrisya
kembali setelah menyepikan diri. Arrisya melawat keluarganya. Mereka menyambut
baik kepulangan Arrisya,. Mereka sudah tahu semua. Hakimi telah menceritakan
perkara sebenar. Encik Rashdan dan Puan Maya berasa amat bersalah kerana
keputusan mereka membuat Arrisya menderita.
“Arrisya, saya minta maaf
setulus hati. Saya nak kita kembali macam dulu. Bila awak pergi, awak bawa
bersama hati saya. Saya betul-betul menyesal kerana melepaskan awak. Saya
tersilap menilai awak. Awak permata dalam hati saya” pujuk Hakimi. Hakimi
kembali menagih cinta Arrisya. Dia tidak mahu melepaskan Arrisya lagi.
Peristiwa lalu mematangkan
Arrisya. Arrisya harus berhati-hati membuat keputusan. Dia tidak mahu tersalah
langkah lagi. Hakimi telah lama menghuni hati Arrisya sejak Hakimi melafazkan
akad nikah. Bagi Arrisya, cintanya hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Akhirnya,
cinta mereka bersatu. Kebahagian jelas terpancar bagi pasangan ini.
[p/s: dah lama tak menulis cerpen, layan j. Ermmm, cerpen cintan-cintun dulu, lain kali buat cerpen inspiration ]