Saturday, 16 May 2015

Cerpen oh Cerpen


Hati Yang Engkau Sentuh

“Isya tak setuju! ” Pantas Arrisya Sofea menyangkal saranan ibu bapanya. Dia membawa diri ke bilik bersama tangisan. Arrisya benar-benar rasa terkilan. Diam-diam orang tuanya merancang, tanpa merisik pendapat dia terlebih dahulu. Tergamak ibu bapanya membuat keputusan begitu yang jelas meluluhkan perasaan Arrisya.

Di ruang tamu masih bersidang perbincangan antara Encik Rashdan dan Puan Maya. Rancangan untuk menjodohkan Arrisya dengan anak kawan baik mereka, Ikhwan Hakimi tidak boleh ditangguhkan lagi. Hakimi pasti dapat menjaga puteri mereka. Ya, siapa tidak kenal dengan Hakimi. Jejaka berpakej lengkap, igauan para gadis.

“Kalau Isya tak setuju, saya tak nak paksa. Isya anak kita. Lagipun ini soal hidup. Kita tak boleh perjudikan”, ujar Puan Maya.

“Habis sampai bila kita biarkan dia. Isya dah besar panjang. Dia dah habis belajar pun. Perkahwinan ini untuk kebaikan dia jugak, kebaikan kita semua. Dapat mengeratkan ukhwah”, keluh Encik Rashdan.

Tapi Encik Rashdan nekad untuk menjodohkan Arrisya dengan Hakimi. Keputusan sudah muktamad. Bagi Encik Rashdan, dia berkuasa membuat keputusan sebagai ketua keluarga. Puan maya mengeluh panjang.

“Entahlah… serba salah saya dibuatnya. Sepatutnya kita tak perlu beri persetujuan awal-awal. Isya bukan anak yang menyusahkan. Tapi kita selalu mengatur hidupnya”, keluh Puan Maya. Bibit-bibit penyesalan mula menyapa hatinya.

Hidup Arrisya, gadis berusia 23 tahun sudah diprogramkan sejak kecil. Kehidupan yang diaturkan tidak menyeronokkan. Dengan siapa dia berkawan turut dikawal rapi. Semua keputusan ditentukan oleh ibu bapanya. Sehinggakan kursus yang dipohon di universiti juga atas kehendak Encik Rashdan. Kehidupan yang menjengkelkan.

“Sampai bila papa dengan mama nak mengatur hidup aku. Apa aku tidak berhak menentukan hidup aku sendiri. Aku bukan budak kecil lagi. Semua diaturkan”. Hati kecil Arrisya memberontak. Tapi dengan siapa dia hendak mengadu. Semua orang tidak faham. Arrisya bagaikan anak angkat dalam keluarga itu. Papa dan mama tidak pernah dengar pendapatnya. Kalau adik beradiknya, lain pula cerita.

Puan Maya terus ke bilik Arrisya setelah Ecik Rashdan beransur ke masjid. Dia ketuk pintu bilik Arrisya. Hajatnya untuk memujuk dan menerangkan perkara sebenar.

“Isya, bukan maksud papa dan mama nak mengoreskan perasaan Isya. Ini untuk kebaikan Isya dan keluarga kita”, pujuk Puan Maya. Puan Maya harus menerangkan perkara sebenar agar Arrisya tidak fikir yang bukan-bukan.

“Untuk kebaikan Isya? Mama cakap apa ni? Kebaikan Isya atau kebaikan papa dengan mama?”  ujar Arrisya.

“Isya, dengarlah dulu cakap mama…”

“Tak perlu, mama… Penjelasan tak akan menjejaskan apa-apa. Isya tetap kena khawin dengan Hakimi. Kenapa papa dan mama tak pernah faham Isya? Soal jodoh pun mama dan papa yang tentukan”. Arrisya tekapkan telinga dengan bantal. Dia tidak mahu dengar apa-apa lagi. Bagi Arrisya, semuanya sudah tidak penting.

Puan Maya mengeluh panjang. Walupun Arrisya membantah, mereka tetap akan meneruskan rancangan ini. Mereka sudah berjanji. Tidak mungkin akan dimungkiri. Nanti apa kata kawan baik mereka, Encik Iqbal dan Puan Natasha.

Perkahwinan antara Arrisya dengan Hakimi tetap diteruskan. Perkahwinan tanpa cinta. Majlis berlangsung dengan meriah diserikan dengan gelak ketawa sanak saudara. Semua jemputan memuji mereka. Tetapi ada hati yang terluka. Senyuman tetap menghiasi wajah Arrisya, jelas mengaburi semua.

Arrisya bergegas ke bilik setelah majlis berakhir. Fizikalnya keletihan, seharian melayan tetamu. Dia merebahkan diri ke katil yang empuk. Bilik tidur yang berhias indah dipandang sepi. Semuanya tidak bermakna bagi Arrisya.
“Tok, tok, tok”. Bunyi ketukan pintu mengganggu lena Arrisya. “Siapa pulak yang ketuk pintu aku. Aku penat, nak berehat”, getus hati Arrisya. Dua tiga kali Hakimi mengetuk pintu, barulah Arrisya membukanya.

“Awak nak apa?” Tanya Arrisya dalam mamai.

“Kita kena berbincang”, balas Hakimi bersahaja. Hakimi juga mangsa keadaan seperti Arrisya. Terpaksa menikahi jodoh pilihan hati keluarga. Sedangkan hatinya sudah dihuni oleh Husna, gadis jelitawan. Hakimi nekad, mereka harus berbincang tentang haluan kehidupan mereka. Bagi Hakimi, Arrisya hanya penghalang kisah cintanya.

“Nak bincang apa lagi? Nasi dah jadi bubur. Kalau awak bantah saranan ibu bapa awak, kita tak akan khawin”, marah Arrisya. Hatinya yang terluka tiada siapa yang peduli.

“Eh perempuan! Kau ingat aku nak sangat khawin dengan kau. Kau jangan perasan. Kalau bukan sebab ayah dan ibu paksa, aku pun tak inggin. Kau bukan cantik mana pun. Awek aku lagi cantik”, Hakimi pantas menyangkal kata-kata Arrisya.

Inikah yang dinamakan kebaikannya. Perkahwinan yang menjadi igauan ngeri. Ternyata suami yang baru dinikahi juga tidak menyukainya. Takdir yang mengoyah hidup Arrisya. Perit hendak menerima kenyataan. Mutiara halus mula terbit ditubir mata Arrisya. Arrisya tidak mahu kelihatan lemah.

“Habis kita nak buat macam mana? Bercerai?” Bercerai dan aku jadi janda, dipandang serong oleh masyarakat. Oh, tidak! Sesungguhnya, hamba ini tidak kuat ya Allah. Hati Arrisya sebak yang tak terungkap.

“Aku pasti akan melepaskan kau jugak. Tapi buat masa sekarang kita kena berpura-pura bahagia di hadapan keluarga. Kita kena berlakon bagi mereka tidak mengesyaki apa-apa. Bila waktu dah reda, aku akan ceraikan kau” balas Hakimi. Terserlah keangkuhan. Baru sehari berkahwin, sudah bincang pasal perceraian.

“Kalau ini yang terbaik, aku ikut. Demi keluarga. Lepas ini, kita teruskan kehidupan masing-masing. Aku tak akan mencampuri urusan kau dan sebaliknya. Aku bebas untuk buat apa sahaja tanpa perlukan keizinan kau” balas Arrisya dalam sebak.

Mereka berpindah ke apartment milik Hakimi setelah seminggu menikah. Apartment yang besar dan selesa. Bukan ini yang Arrisya cari. Kebahagian yang Arrisya impikan. Mereka sibuk dengan urusan maisng-masing. Perkahwinan mereka hanya atas kertas. Arrisya tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Makan minum dan pakaian Hakimi dijaga sehabis baik.

Arrisya bekerja sementara sebagai kerani di sebuah syarikat hartanah. Dia menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di luar negara. Dua bulan sudah usia perkahwinan mereka. Hubungan Arrisya dan Hakimi tidak menampakkan sebarang perubahan. Hakimi kembali sibuk menjalin cinta dengan kekasihnya.

Arrisya sendiri sudah dua tiga kali terserempak dengan pasangan ini. Namun dia hanya memendam rasa. Arrisya tidak mahu menjadi penghalang. Hakimi juga tidak menyintainya.

Hujung minggu yang membosankan. Hakimi juga tidak kelihatan. Hanya Arrisya yang menghuni apartment itu. Setelah selesai mengemas, Arrisya bercadang untuk memasak masakan istemewa. Tetapi  peti sejuk kosong, dia tidak sempat membeli barang dapur.

Arrisya mengambil keputusan untuk ke pasaraya Mydin. Nasib baik pengunjung tidak terlalu ramai. Mungkin masih terlalu awal, pasaraya baru memulakan operasi. Troli ditolak, Arrisya berhati-hati memilih barang dapur. Buah-buahan, sayur-sayuran, cordial minuman, biskut dan bahan mentah diborong. Senyuman meniti dibibir Arrisyya. Terbayang hidangan yang enak dimata.

Arrisya menolak troli kea rah rak yang menempatkan coklat. Dia memang pengemar coklat. Secara tidak sengaja, dia terlangggar seseorang. Pap! Coklat Hershey terjatuh daripada pegangan lelaki itu.

“Maaf encik, saya tidak sengaja”, ucap Arrisya sambil menunduk untuk mengambil coklat itu. Lelaki itu hanya mengangguk. Raut wajah Arrisya mencari tumpuannya. “awak Isya? Arrisya kaget. Macam mana lelaki itu boleh tahu namanya. Dia berlagak selamba, melindungi rasa gundah dihati.

Arrisya merenung wajah jejaka di hadapannya. Lambat-lambat dia bersuara “encik siapa? Macam mana encik tahu nama saya?” tanya Arrisya bertubi-tubi.

“Saya Syukri. Kita sekelas masa tingkatan tiga. Awak dah lupa?” ujar lelaki berkumis nipis itu. Kenangan bersekolah di Sekolah Menengan Kebangsaan Ittifakiah menerjah fikiran mereka. Lapan tahun dah berlalu, kesibukan membuatkan ingatan masa lalu Arrisya menipis.

“Oh, awak rupanya! Maaflah saya tidak cam korang semua. Dulu dalam seragam sekolah, sekarang semua segak bergaya”, balas Arrisya jujur. Dah lama Arrisya tidak berhubung dengan kawan-kawan.

“Isya, jom kita minum sambil sembang-sembang”, pelawa Syukri. Syukri mengharapkan Arrisya menerima pelawaannya. Arrisya teragak-agak menerima ajakan Syukri. Dia isteri orang, tidak manis dipandang. Isteri hanya di kertas. Hakimi pasti tidak kisah kalau dia berjumpa dengan siapa pun.

Akhirnya, Arrisya bersetuju. Pelbagai topik jadi bualan. Ketika mereka leka berborak, ada mata yang memerhati. Hakimi berasa cemburu saat terpandang pasangan yang leka bersembang. “Isya, dah pandai kau sekarang”, bentak Hakimi dalam hati. Hakimi berkira-kira untuk membuat perhintungan malam nanti.

Arrisya tiba di rumah setelah azan magrib berkumandang. Ketika dia sibuk menyusun barang yang dibeli, Hakimi menyapa “lambat balik, kau pergi mana?”.

“Eh mamat ni, suka hati aku nak kemana. Itu aku punya pasal”, bentak Hati Arrisya. “Saya keluar beli barang dapur. Peti sejuk kosong, tidak ada barang nak masak” jawab Arrisya lembut.

“Pergi beli barang dapur atau menggatal dengan jantan mana? Kau inggat aku tak nampak tadi. Bukan main mesra lagi”. Suara Hakimi kedengaran keras. Hakimi tidak mengerti apa yang merasuk dirinya. Buat apa dia marah. Dia sendiri curang dengan Husna, sering keluar bersama. Adakala terserempak dengan Arrisya. Arrisya tidak pernah mempersoalkan.

“Itu urusan saya. Kita dah setuju untuk tidak mencampuri urusan masing-masing. Saya sendiri tidak persoalkan awak keluar dengan Husna. Jadi adilkan. Awak keluar dengan Husna, saya keluar dengan dia”. Arrisya berang dengan kata-kata Hakimi.

“Kau isteri orang. Jaga batas pergaulan, jangan sesuka hati keluar dengan jantan lain. Kalau kawan-kawan aku tengok macam mana”. Alasan bodoh diutarakan Hakimi. Yang jelas dia marah melihat Arrisya dengan lelaki itu. Api cemburu membara.

“Isteri, kita suami isteri atas kertas sahaja. Gelaran isteri yang menjerut rasa. Baik awak lepaskan saya. Awak boleh khawin dengan Husna. Saya pun bebas buat keputusan”, ujar Husna diiringgi tangisan. Arrisya tidak mahu hidup berpura-pura.

“Kau dah tidak sabar nak bersama jantan tadi? Okey, Arrisya Sofea binti Rashdan aku ceraikan kau dengan talak satu. Puas hati kau sekarang. Kau pergi kemaskan barang-barang kau, berambus dari rumah aku”. Hakimi telah melafazkan talak. Kemarahan menguasai dirinya. Dia tidak dapat berfikiran dengan waras. Arrisya terduduk didapur. Inikah pengakhiran rumah tangga mereka? Arrisya buntu.

Hakimi memecut kereta menyusuri jalan raya. Hatinya kosong. Dia menyesal bertindak melulu. Hakimi tidak pasti sejak bila Arrisya mencuri tempat dihatinya. Arrisya berendam air mata. Digagahkan diri untuk mengemas barang-barangnya. Ya, dia harus pergi. Tuan rumah sudah mengusirnya.

Arrisya menulis cek sepuluh ribu ringgit. Dia tidak mahu duit lelaki itu. Cincin khawin dan set barangan kemas iaitu barangan hantaran diletakkan di atas meja solek. Barang-barang itu harus dikembalikan kepada Hakimi. Arrisya ada prinsip tersendiri. Dia tidak akan menggunakan harta orang lain untuk hidupnya. Dia pergi membawa diri malam itu juga.

Hakimi kembali ke apartment selepas solat subuh. Keadaan apartment yang gelap dan sunyi membuatnya resah. Adakah Arrisya sudah keluar dari apartmentnya? Dia bergegas ke bilik yang dihuni Arrisya sejak dua bulan yang lalu. Kosong dan sepi. Semua barang-barang milik Arrisya sudah tiada. Jelas Arrisya sudah pergi.

Hakimi menghampiri meja solek. Sekeping cek dan kotak barangan kemas , terselit kertas di bawah kotak itu. Hakimi lantas membaca.

“Hakimi, bila awak baca surat ini bermakna saya sudah pergi dari hidup awak. Saya harap awak halalkan segala makan minum saya sepanjang berada di rumah awak. Cincin, set barang kemas dan duit hantaran saya kembalikan. Semua itu bukan milik saya. Terima kasih untuk semuanya. Maaf jika ada salah dan silap. Semoga berbahagia dengan pilihan hati awak. Perkahwinan antara kita satu kesilapan”
                                                                                                                           Isya

Air mata lelaki Hakimi akhirnya gugur. Dia memyesal dengan tindakannya. Hakimi cuba menhubungi Arrisya tapi buntu. Arrisya telah berhenti kerja. Dia mendapat tawaran memyambung pengajian peringkat sarjana. Arrisya berlepas ke Melboure dua hari selepas peristiwa itu.

Arrisya harus bangkit. Dia tidak akan mengalah kerana hanya dikecewakan seorang lelaki. Arrisya menyibukkan diri dengan pelajaran untuk melupakan peristiwa perit itu. Pemergian Arrisya ke Melboure tidak ada yang tahu. Hakimi cuba menjejaki Arrisya. Arrisya pergi tanpa pesan.

Dua tahun berlalu, Arrisya kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajian. Kini, dia bertugas sebagai penyarah dalam bidang sinaran perubatan di Universiti Sains Malaysia. Arrisya kembali setelah menyepikan diri. Arrisya melawat keluarganya. Mereka menyambut baik kepulangan Arrisya,. Mereka sudah tahu semua. Hakimi telah menceritakan perkara sebenar. Encik Rashdan dan Puan Maya berasa amat bersalah kerana keputusan mereka membuat Arrisya menderita.

“Arrisya, saya minta maaf setulus hati. Saya nak kita kembali macam dulu. Bila awak pergi, awak bawa bersama hati saya. Saya betul-betul menyesal kerana melepaskan awak. Saya tersilap menilai awak. Awak permata dalam hati saya” pujuk Hakimi. Hakimi kembali menagih cinta Arrisya. Dia tidak mahu melepaskan Arrisya lagi.


Peristiwa lalu mematangkan Arrisya. Arrisya harus berhati-hati membuat keputusan. Dia tidak mahu tersalah langkah lagi. Hakimi telah lama menghuni hati Arrisya sejak Hakimi melafazkan akad nikah. Bagi Arrisya, cintanya hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Akhirnya, cinta mereka bersatu. Kebahagian jelas terpancar bagi pasangan ini.



[p/s: dah lama tak menulis cerpen, layan j. Ermmm, cerpen cintan-cintun dulu, lain kali buat cerpen inspiration ]

No comments:

Post a Comment