Friday, 6 November 2015

AKU PENDOSA JUGA INGIN KE SYURGA


              Kenapa mengharapkan manusia, Allah sentiasa ada untuk kita. Hati manusia sentiasa berubah, kita tidak boleh paksa orang menyukai kita. Dalam persahabatan, kita mengharapkan sahabat kita memahami perilaku kita. Tetapi adakah kita menjaga hubungan kita dengan sahabat dan memahami mereka. Perilaku orang lain terhadap kita mencerminkan sikap kita dengan yang lain. Persahabatan tanpa mengharapkan apa-apa daripada sahabatnya dan bersahabat kerana Allah merupakan yang terbaik.

                     Allah SWT selalu mengizinkan hambaNya yang baik akhlak  bersahabat dengan saya. Dikala saya memerlukan pertolongan, ada yang membantu. Di saat saya tertekan, ada yang memberi nasihat, sentiasa ada sahabat yang ambil berat tentang diri saya. Saya insan pendosa dan lalai ini, Allah tetap jaga diri saya. Nikmat apa lagi yang kita nak pertikaikan. Allah selalu ada bersama kita. 

No comments:

Post a Comment